Thursday, February 6, 2014

Jemputan Private Funder Untuk Bisnes SEO 2014

Assalamualaikum wr wb

Tuan Pelabur Yang Dihormati,

Tajuk Peluang: Membangunkan & Membesarkan Bisnes SEO Mulai Tahun 2014.

1.  Ringkasan Idea - Cadangan Bisnes SEO


Zaman digital telah menawarkan satu gaya-tabiat baru lagi wajib kepada kehidupan manusia. Jika ingin mencari dan membeli sesuatu yang baru, mereka akan menggunakan engine carian untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan pembelian. Engine carian seperti Google, Yahoo dan Bing menyediakan informasi secara percuma kepada penggunanya.


Kajian menunjukkan, carian di engine carian khususnya Google menjadi penjana utama kepada keseluruhan perdagangan dalam talian - internet.




Keadaan ini menawarkan satu peluang keemasan kepada peniaga barangan atau perkhidmatan untuk menjana pendapatan yang berterusan di engine carian. Apabila kita melakukan carian, Google akan memaparkan 10 hasil carian terbaik berdasarkan pandangan sistem algorithm - nya. Website yang mendapat kedudukan pertama di Google akan mendapat 33% klik yang diterjemahkan kemudiannya sebagai pelawat atau bakal pelanggan yang sangat targeted.




Sebagai contoh: Kata kunci "ubat kuat xfactor" mempunyai 3800 carian di Google setiap bulan. Bermakna, 33% dari carian tersebut akan menjadi pelawat kepada laman web UbatKuatXFactor.com sekiranya website ubat kuat xfactor itu mendapat kedudukan pertama untuk kata kunci "ubat kuat xfactor". 34% = 1254 pelawat @ bakal pelanggan targeted.


Daripada 1254 pelanggan yang memang mencari "ubat kuat xfactor" tadi, berdasarkan industri standard, "conversion rate" untuk berlaku jualan ialah antara 5% ke 15%. Jika 5%, jumlah sale yang boleh diperolehi ialah sebanyak 62 unit. Sekiranya "profit margin" ialah RM50/unit, jumlah keuntungan yang boleh dihasilkan ialah sebanyak RM3100 setiap bulan. Bagaimana jika produk yang dipromosikan dengan "profit margin" RM500/unit atau RM1000/unit? Dan, itu hanya 1 niche kata kunci.


Persoalannya sekarang, bagaimana untuk mendapatkan posisi #1 di engine carian khususnya Google?

Maka, muncullah ilmu yang dipanggil sebagai Search Engine Optimization atau SEO. Sejarah SEO bermula semenjak tahun 1997 lagi.



Kini lebih 200 faktor yang boleh mempengaruhi sesuatu website untuk di-ranking atau di-optimize ke kedudukan pertama untuk sesuatu carian kata kunci. Pun begitu, 3 faktor amat mempengaruhi dalam membolehkan sesuatu website itu mendapat kedudukan pertama iaitu, "High PR Backlinks From Relevant Site", "Long Tail Keyword" dan "Link Diversity".

Tugasan dan kerja kerja SEO sangat "time consuming". Satu satunya cara untuk melaksanakannya ialah dengan menggunakan "tools" dan "softwares" tertentu selain melakukan "outsourcing" ke pasaran tenaga buruh SEO dunia ketiga seperti India, Bangladesh dan Philipina.

2. Jemputan Private Funder Untuk Bisnes SEO 2104

Akhirnya kita sampai kepada rasionalnya Jemputan Private Funder Untuk Bisnes SEO 2014. Projek ini memerlukan modal tertentu bagi memastikan kelicinan pelaksanaannya. Right from the beginning. Modal yang diperlukan terbahagi kepada 3:

1. Kos Pembangunan (Sekali sahaja)
2. Kos Berubah (3 bulan)
3. Kos Pengurusan (3 bulan)

Untuk mendapatkan Penyata Aliran Tunai Projek Bisnes SEO 2014, sila download di link berikut:

Download

Seterusnya...

3. Apakah Pelan Perkembangan Bisnes SEO 2014 Ini?

Untuk pengetahuan Tuan Pelabur yang dihormati, saya telah merancang untuk membahagikan projek ini kepada 3 Fasa, iaitu:



Fasa 1: Membina Case Study. 1 Bulan 1 Case Study. 12 Bulan 12 Case Study. Setiap Case Study Membina Pendapatan RM1500 ke RM3000 Atau Lebih Banyak Mulai Bulan Ke 4. Projek Case Study Ini Berterusan Setiap Bulan.


Maknanya, 1 Case Study mewakili 1 niche kata kunci terbaik dari segi komersial yang akan dioptimasikan secara natural dan organik dalam masa 3 bulan. Jualan dan keuntungan boleh dicapai seawal 1 minggu, 1 bulan, 2 bulan atau selewat 3 bulan. 


Fasa 2: Menjual Premium Info Produk Sendiri "Home Study Course" + Online Membership Mentoring Dengan Mendokumenkan Keseluruhan Case Study & Pilihan Memberikan Support Berterusan. Cadangan pakej harga produk ialah RM297 (Online + Support), RM397 (Online + Support + DVD's) dan RM497 (Online + Support, DVD's dan Private Mentoring 1 On 1 Via Skype)


Kejayaan Case Study 1 hingga 6 (paling awal) atau sehingga Case Study 12 akan menyediakan 1 lagi peluang keemasan kepada projek ini untuk mencipta keuntungan dengan menjual produk ciptaan sendiri dalam niche "peluang perniagaan internet" yang merupakan niche kata kunci paling laku keras di internet sepanjang masa.


Fasa 3: Menawarkan Perkhidmatan Profesional SEO Kepada Pelanggan Pelanggan Korporat. Fasa ini dijangka akan bermula pada tahun 2015.

Seterusnya...

4. Cadangan Skim atau Struktur Pembahagian Untung-Rugi Bisnes

a) Qardul Hasan

Qardh al-Hasan (pinjaman ihsan) merupakan pinjaman ikhlas atau pinjaman yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan pada saat pengembalian pinjaman. Walau bagaimanapun peminjam boleh, mengikut budi bicaranya, membayar balik tambahan wang yang lebih banyak daripada wang yang dipinjam sebagai tanda berterima kasih. Pinjaman jenis ini tidak dikira melanggar syariah (dengan melibatkan riba) kerana tiada perjanjian untuk membayar lebih atau riba.

b) Mudharabah (Perkongsian Untung Dan Rugi)

Mudharabah adalah bentuk kerja sama antara dua atau lebih pihak di mana pemilik modal (shahibul amal) mempercayakan sejumlah modal kepada pengusaha (mudharib) dengan suatu perjanjian di awal. Bentuk ini menegaskan kerja sama dengan sumbangan seratus peratus modal dari pemilik modal dan pelaksanaan aktif dari pengusaha. Sekiranya berlaku kerugian, pemodal kerugian modalnya, manakala pengusaha kerugian masa, tenaga dan projek bisnesnya.

Nisbah pembahagian keuntungan dicadangkan ialah:
  •  20/80 (Pelabur/Pengusaha) sampai bila bila atau hingga ke satu tarikh yang dipersetujui bersama.
  • Sehingga pemodal meraih keuntungan 200% termasuk modal pokok bergantung kepada persetujuan bersama.

5. Penutup

Sekarang terbuka untuk sebarang pertanyaan, boleh diemailkan kepada saya di myedream@gmail.com  

Yang berusaha,

Jamaludin Maideen
Machang, Kelantan

No comments:

Post a Comment